.

.

Ahad, 22 Oktober 2017

Sayonara.

Ia perasaan yang selalu ada. Datang dan pergi tanpa culas. Diiringi seseorang, yang pastinya kekal milik orang. Aku, sedaya upaya cuba mengelak, tapi tak sepenuhnya mampu. Atau, lebih tepat, aku sebenarnya banyak mencari seseorang seperti dia?

Setiap hari, dia ada di ingatan. Tak pernah tidak. Dan aku mulai sedar, dia tidak lagi datang mencari. Ia seharusnya jawapan muktamad kepadaku, bahawa aku harus menjauh.

Dan aku akur, mulai saat ini, dia kulepaskan dari ingatan. Perlahan, dan ya, dengan luka di hati.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan seterusnya, cuma aku benar berharap, tidak akan ada lagi sebarang pertemuan antara kami selepas ini.